Hana Ilhami
JQAF,pendidikan,dan yg berkaitan
- http://jqaf108.blogspot.com/2009/02/mari-berkongsi-set-induksi.html
- http://blogkita86.blogspot.com/2009/04/kaedah-dan-model-pengajaran-pendidikan.html
- http://nasriabdullah.blogspot.com/2008/09/blog-post_10.html#
- http://www.j-qaf.net/
- http://www.moe.gov.my/jpnselangor/v3/
- http://mohamadsyahmiharun.blogspot.com/
- http://www.gemaislam.net/index.htm
- http://apps.moe.gov.my/bpg/
- http://www.moe.gov.my/jpnselangor/v3/
Sunday, April 14, 2013
Pelajar Buli Ketua Tingkatan Masuk TV3
--apa nak jadi dengan budak sekolah sekarang? --semoga kejadian ni membuka mata KPM,untuk bersikap telus kepada pelajar2.bukan membebankan guru shaaja/........ gara2,gguru2 tidak dibenarkan menghukum pelajar.,pelajar makin besar kepala/... sdgkan,masyarakat pula hanya menyalahkan kepada guru semata........ ---pelajar sekolah,apakah yang kamu semua fikirkan sebenarnya?
Sunday, April 7, 2013
PRU 13: Peluang guru kurangkan bebanan...
PRU 13: Peluang guru kurangkan bebanan...
Posted on Saturday, April 06 @ 14:30:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Juragan
Oleh Mental Terbeban
Sistem mengarut bebankan guru
Sebelum ini kerajaan telah menguar-uarkan untuk menubuhkan satu
jawatankuasa khas bagi mengkaji bebanan tugas guru. Sejak tahun 2010
sehingga 2013, jawatankuasa ini masih belum mengemukakan apa-apa
penyelesaian bagi isu ini.
Belum pun kerajaan mencari jalan penyelesaian untuk bebanan yang disebutkan sebelum ini, timbul pula bebanan-bebanan baru.
Akhir-akhir ini, guru-guru dibebani dengan pelbagai lagi kerja
perkeranian secara online dan bukan online. Jika dulu guru hanya perlu
mencatat markah pelajar dalam buku rekod, kini terpaksa menghadap
komputer berjam lamanya untuk memasukkan pelbagai jenis data dalam
pelbagai jenis perisian komputer seperti SAPS, SMM, APDM, SSDM, SSDM-A,
SPPPBS, NILAM, dan dan lain-lain lagi.
Bayangkan bukan
sahaja segala maklumat pelajar di bawah tanggungjawab kami untuk kami
isi, malahan guru-guru juga telah menjadi pegawai kesihatan di sekolah.
Kami jugalah yang menimbang berat pelajar dan mengira BMI untuk setiap
pelajar, menganalisis dan merekodkannya pada setiap bulan.
Dengan adanya sistem PBS (Pentaksiran Berasaskan Sekolah) pula, waktu
tidur bukan lagi pukul 11 malam, tetapi pernah sampai pukul tiga pagi
saya menghadap komputer. Saya sentiasa tidur lambat untuk menyediakan
dan menanda latihan dalam kapisiti yang begitu banyak setiap minggu
sejak PBS dilaksanakan. Demam kami dibuatnya.
Saya tidak
mampu menyiapkan kerja-kerja PBS seperti membina instrument sendiri,
meriso kertas, menanda, menyemak, menyusun dan memasukkan data ke dalam
sistem di mana melibatkan 160 orang pelajar bagi setiap 216 soalan.
Masalah paling besar ialah semasa ingin memasukkan 160 band pelajar
ke dalam sistem. (160 X 216 = 34,560 data). Selepas dimasukkan dalam
sistem, kami terpaksa menggeledah fail untuk memasukkan latihan untuk
semua pelajar. Jadi bayangkan berapa banyak data dan masa harus diambil
untuk menyiapkannya. Sistem sedia ada pula tidak mesra pengguna dan
kerapkali menghadapi ‘internal error.’
Bukan sahaja
guru-guru merasai keperitan PBS, malahan pelajar apabila ditanya juga
mengatakan, “Ruginya masuk tingkatan satu tahun ini (tahun lepas).”
Mereka menunjukkan reaksi muak apabila nampak sahaja kelibat guru.
Setiap guru yang masuk selepas sedikit penerangan, akan memberikan
latihan sehingga ujian yang mereka hadapi dalam satu hari bertubi-tubi
melebihi “input”.
Di sekolah kami berhempas pulas
menyiapkan kerja-kerja ko-kurikulum, mengisi data, terlibat dalam AJK
kecil untuk pelbagai jenis program, menjalankan kelas tambahan dan
lain-lain lagi, di rumah juga kerja terpaksa disambung sampai ke pagi.
Kami bukanlah robot. Dengan pelbagai tugasan ini, bilakah masanya
untuk kami membuat persediaan untuk masuk mengajar dan menjadi pendidik
yang efektif?
Bila ditanya tentang PBS dan keluar di kaca
televisyen, segala komentar yang diberikan nampak positif, tetapi untuk
mengetahui hakikat sebenar, turun dan lihatlah sendiri keadaan guru-guru
di sekolah yang makin tertekan.
Kami rasa benar-benar
diperbodohkan dengan Dialog: Pentaksiran Berasaskan Sekolah yang
disiarkan pada 20 Februari 2013 jam 10 malam di TV1 kerana seluruh guru
di Malaysia tahu situasi yang sebenar adalah sebaliknya.
Kami terfikir-fikir mengapakah kerajaan mengambil sistem PBS yang telah
dimansuhkan oleh banyak negara maju? Mengapa kerajaan tidak mengkaji
dengan mendalam sistem ini? Di negara maju PBS dilaksanakan kerana
bilangan pelajar dalam setiap kelas adalah sedikit, guru dibantu oleh
“teacher assistant” tambahan pula silibus pelajaran juga sangat sedikit
dibandingkan dengan Malaysia dan di setiap kelas ada fasiliti yang
lengkap.
Saya sebagai rakyat Malaysia sedih dengan
pembaziran secara besar-besaran dalam perbelanjaan yang dilakukan oleh
Kementerian Pelajaran Malaysia. Sekejap mahu aplikasi sistem PPSMI,
sekejap mahu mansuhkan PPSMI. Ini jugalah yang akan berlaku pada sistem
PBS.
Apabila pimpinan sudah bertukar, sistem pun akan berubah. Bukankah ini pembaziran namanya.
Penukaran buku teks sahaja melibatkan perbelanjaan jutaan ringgit
dan ini tidak termasuk kos-kos lain yang lebih besar seperti kursus
untuk guru-guru dan lain-lain lagi.
Kasihanilah kami. Di manakah janji kerajaan ingin mengkaji bebanan tugas guru-guru kerana kini bebanan kami bertambah lagi?
Kami juga ingin melapangkan masa bersama anak-anak kalau bukan
setiap hari pun, sekurang-kurangnya pada hujung minggu kami ingin
mengenepikan sebentar kerja-kerja yang berlambak dan keluar makan
bersama suami dan anak-anak.
Bukankah Falsafah Pendidikan
Negara menekankan “berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta dapat
menyumbang terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan
negara”. Kami, guru-guru benar-benar perit dengan apa yang kami terpaksa
kami lalui hari ini.
Marilah kawan-kawan sekalian, untuk
PRU kali ini kita bersatu padu tanpa mengira bangsa, agama, budaya,
latar belakang dan fahaman politik menolak sistem pendidikan sedia ada
yang menghempap guru-guru pada hari ini.
Jangan sudah
terhantuk baru terngadah, cukuplah dengan rekod kita menjadi antara
warga paling ramai mengisi ruangan wad jiwa, marilah kita sama-sama
berdoa dengan cara masing-masing agar bebanan yang menghempap di dada
kita akan terlepas dengan kejayaan parti pembangkang.
Sampai bilakah kita harus membuat begitu banyak kerja perkeranian, kerja
pemfailan, pengisian pelbagai jenis data, penandaan, pengisisan data
dan penyusunan beratus latihan PBS, aktiviti ko-kurikulum, majlis dan
aktiviti rasmi sekolah, kursus, mesyuarat, penandaan buku latihan, kelas
tambahan dan bermacam bagai lagi yang begitu banyak sehingga tidak
mampu disenaraikan satu-satu.
Kita dipaksa melakukan
segalanya sedangkan kita bukanlah Aladdin dengan Lampu Ajaib. Kita hanya
ada 24 jam sehari. Aladdin pun boleh lari bila tengok senarai tugas
yang dicampakkan atas kepala kita.
Marilah kita berikan
peluang kepada parti pembangkang untuk membuktikan kata-kata mereka
untuk membela nasib guru-guru. Biarlah Menteri-menteri yang cerdik
pandai tahu kita warga pendidik juga mempunyai suara dan ada masanya
akan berasa letih. Marilah kita berganding bahu menyokong parti
pembangkang supaya suatu hari nanti kerajaan pada hari ini akan buka
mata kepada keperitan yang terpaksa kita lalui saban hari.
Friday, April 5, 2013
Sunday, March 31, 2013
adaMu
Merenung ke luar jendela
Melihat kebesarannya
Mensyukuri segala nikmat
Yang dikurniakan di dunia
Kau berikan ku kekuatan
Tuk berpegang pada jalan
Walau penuh dengan cabaran
Ku tahu ku adaMu Tuhan
Kerna kau yang satu
Yang setia bersama ku
Dikala ku jatuh ku bangkit kernaMu
Ku tahu ku adaMu disisi ku selalu
Bantulah hambaMu mencari keredhaanMu
Ku tahu ku adaMu
Ku adaMu selalu
Kerna kau yang satu
Yang setia bersama ku
Dikala ku jatuh ku bangkit kernaMu
Ku tahu ku adaMu disisi ku selalu
Bantulah hambaMu mencari keredhaanMu
Ku tahu ku adaMu
Ku adaMu selalu
ku merenung ke luar jendela
Melihat kebesarannya
Walau penuh dengan cabaran
Ku tahu ku adaMu Tuhan
Melihat kebesarannya
Mensyukuri segala nikmat
Yang dikurniakan di dunia
Kau berikan ku kekuatan
Tuk berpegang pada jalan
Walau penuh dengan cabaran
Ku tahu ku adaMu Tuhan
Kerna kau yang satu
Yang setia bersama ku
Dikala ku jatuh ku bangkit kernaMu
Ku tahu ku adaMu disisi ku selalu
Bantulah hambaMu mencari keredhaanMu
Ku tahu ku adaMu
Ku adaMu selalu
Kerna kau yang satu
Yang setia bersama ku
Dikala ku jatuh ku bangkit kernaMu
Ku tahu ku adaMu disisi ku selalu
Bantulah hambaMu mencari keredhaanMu
Ku tahu ku adaMu
Ku adaMu selalu
ku merenung ke luar jendela
Melihat kebesarannya
Walau penuh dengan cabaran
Ku tahu ku adaMu Tuhan
Wednesday, March 27, 2013
kawan-kawan
kawan-kawan,ni pesanan ayah saya..suruh sy gtau kawan2 semua
::::Daftarlah haji secepat mungkin,sebab 15 tahun ag br ley g haji/....
daftar haji: RM 1300.00.....
--niat sy baik.jangan salah sgka pulak,ye....agpun ni ayah sy yg pesan suruh gtau..
daaa
::::Daftarlah haji secepat mungkin,sebab 15 tahun ag br ley g haji/....
daftar haji: RM 1300.00.....
--niat sy baik.jangan salah sgka pulak,ye....agpun ni ayah sy yg pesan suruh gtau..
daaa
Subscribe to:
Posts (Atom)