syukran sahabat-sahabat ku

piano

http://www.youtube.com/watch?v=lcatfqF5_Xs

Monday, November 28, 2011

nUR sYAHADAH

NUR SYAHADAH

[i]Tika terbuka hari cahaya yang cerah
menerangi hatimu mulus terbias di wajah
kau sambut dengan redha hadirnya hidayah
nekad pendirian terungkai kalimah
Nur syahadah menyinar kalbu
Murni seharum namamu
Hadir dalam pelukan kalbumu itu
Nur syahadah telah tertulis
pada waktu dan jua takdir
di antara seribu
kau yang terpilih....[/i]
................................................................................

Nur Syahadah bersujud di ribaan sejadah dengan penuh kesyukuran.... Pintu hidayah panggilan Islam, telah berjaya mengetuk pintu hatinya, dan kini, hatinya menjadi sangat tenang.... Air matanya mengalir,, mengenangkan bagaimana hatinya terpanggil kepada agama Islam...

Semua itu, adalah atas dorongan seorang teman yang kerap membantunya mencari sebuah jawapan,, dan, kerana.... kerana perdebatannya dengan seorang teman di universiti yang bernama Muhammad Huzaifie...

...................................................................................
Universiti Islam Antarabangsa, Gombak
Kuliah Comparative Religion

......................................................................




'' Semua agama mengajar kita tentang kebenaran, semua agama mengajar kita tentang kebaikan. Maka itulah persamaan yang ketara di antara agama-agama yang diiktiraf di dunia. Seperti ajaran Buddhism, menekankan aspek etika dan mempunyai penekanan disiplin tersendiri. Begitu juga dengan Taoisme, ia menekankan aspek spiritual. Agama-agama samawi seperti agama Islam, Kristian dan yahudi, turut mengajar manusia agar berakhlak mulia. Namun, jika manusia yang terpesong dari landasan, maka akan bercelarulah minda, dan fikirannya akan kacau bilau, dan mudah melakukan sesuatu yang dilarang. ', terang Muhammad Huzaifie dalam satu kuliah, selaku pembentang pada hari itu.

''Ops, wait, Muhammad Huzaifie.. I want to ask you one question, that I still confuse. Awak katakan, semua agama mengajar kita akan kebaikan, jika benarlah, apa yang membezakan satu agama dengan agama yang lain? And, I think, that I still blur and confuse to what you present just now.. Huzaifie, saya minta maaf jika saya katakan, saya tidak setuju dengan pendapat awak.. Dunia pada masa kini, masih bercelaru dari sudut minda dan aspek spiritual. That you think, all religion give us the truth? Sila jelaskan, sekali lagi, Huzaifie,' tanya Effy Anne dengan muka yang merah padam...

'' Yes, betul apa yang awak cakap. Sebenarnya, saya masih belum jelaskan lagi, mengenai aspek perbezaannya. Dari segi konsep, dan matlamat, semua agama adalah berdasarkan naluri manusia yang ingin mencari kebenaran. Secara logiknya, manusia dilahirkan dengan fitrah di mana ingin mengenali pencipta kejadian alam dan manusia itu sendiri. Maka, kerana itulah, berkurun abad yang lampau, manusia turut mempercayai konsep animisme, kerana mereka menganggap 'animisme' ini adalah kuasa agung, sebagai 'tuhan' mereka. Dan, perbezaan antara agama-agama yang ingin saya nyatakan ialah......', kata Muhammad Huzaifie yang ingin menjelaskan dengan lebih lanjut namun dicelah oleh Effy Anne...

''Muhammad Huzaifie, konsep animisme bukanlah suatu jawapan yang saya tanyakan sebentar tadi. Saya kira awak tidak menjawab soalan saya. ,' potong Effy Anne..


----------------------------------------------
aKAN DISAMBUNG...
(sengaja buat macam nie,)sorry....

karya:sendiri
sebarang copy paste ke dalam halaman lain TIDAK DIBENARKAN- kecuali menyatakan sumber.....
dan perlu mendapat keizinan...

Sunday, November 27, 2011

traffic naik mendadak=

Salam terima kasih,syukran,gracias, kamsahanida,pe2 je la, yang sama makna dengannya,kepada pengunjung-pengunjung blog saya nie.... tetiba blog ni, punye traffic naik secara mendadak... tahniah pada diri sendiri,ecece...

yang pelik,raffic je naik, tapi, follower tak naik pun...hu3.. takpe la, kiranya lebih ramai yang suka membaca dari mengikuti blog patik nie...hehe..

selalunye, kalau tulis ilhamiana, blog ni, akan turun ke nmuka surat kedua, tapi,kebelaknagan ni, muncul paling atas... adakah sebab, saya selalu tulis tntg pendidikan? habis r, tak leh dah tulis politik2 nie... bahaya..aipp!!

terima kasihla,yer.... ikhlas nie,terima kasih....

PS:: klau sudi,follow r..

daaa---

Thursday, November 3, 2011

kelemahan sistem pendidikan masa kini

hoho.... sistem pendidikan ag...(dah, cikgu, mesti r de cakap sikit2 tntg dunia pendidikan.,betul tak?

tak dinafikan, memang sistem pendidikan-dari sudut murid/pelajar-atau dari pandangan ibu bapa-memang awesome r....pertamanya:::ok ek,dr pandangan ibu bapa....

1: Kanak-kanak sejak pra tadika @tadikadiberi pendidikan sebenar.... siap ada peperiksaan ag... tak perlu ibu bapa risau sangat anak-anak tak pandai A,B,C... tak kenal nombor1,2,3.ag... sangat tak perlu dirisaukan.. anak-anak mereka diberi pendedahan dan yang paling terbaik, anak mereka diasuh oleh gru-guru yang berstatus ijazah.......

2: Bila anak-anak melangkah ke darjah 1, ibu bapa tidak perlu risau sangat jika anak-anak mereka tak dapat sesuaikan diri/... kerana,anak mereka sejak tadika telah dibiasakan dengan pembelajaran alam sekolah yang sebenar... yang berubah cuma silibus darjah 1 lain sikit dr alam tadika atau pra tadika...itu saje... lagipun, cikgu kelas kan ada....heheee....cikgu kelas memang sangat hebat, semua kerja die boleh buat....betul tak,wahai guru-guru kelas sekalian???

3: Bila tamat peperiksaan, ibu apa tak perlu risau jika anak-anak tak serahkan report card atau surat panggilan ke sekolah... ye la,mungkin anak-anak takut nak bagi,kan..... ibu bapa hanya dapatkan semuanya di hujung jari saja. masukkan saja no kad pengenalan anak anda di laman web saps.com, anda akan tau keputusan anak anda....

see? sangat memudahkan ibu bapa... ecece...( bayangkan kalau aku di tempat mereka satu hari nanti, )

tapi di sebaliknya :

1:guru-guru tertekan dengan sistem pendidikan ini.... kelemahan sistem online, yang menyebabkan guru sukar key in markah peperiksaan, di samping kerja2 lain yang bertimbun-timbun kepada guru-guru.....

maka di pihak ibu bapa dan guru-guru, sepatutnya saling bekerjasama, supaya sama-sama dapat ambil manfaat dr sistem pendidikan sekarang,,...

walaupun, saya tak setuju dengan peribahasa guru diianggap sebagai lilin, rasanye sekarang saya dah start setuju....

guru memang lilin.....~~
one day, mgkin ada guru-guru yg akan lari ke tempat lain,jika guru diberi tekanan terlalu banyak.....

Tuesday, November 1, 2011

“Cintailah apa yang kamu cintai sekadarnya saja, boleh jadi apa yang kamu cintai itu menjadi sesuatu yang paling kamu benci pada suatu hari nanti. Bencilah Sesuatu yang yang kamu benci sekadarnya saja, boleh jadi ia akan menjadi sesuatu yang paling kamu sukai pada suatu hari nanti.” (HR. Tirmidzi)

Popular Posts

Loading...