syukran sahabat-sahabat ku

piano

http://www.youtube.com/watch?v=lcatfqF5_Xs

Monday, November 28, 2011

nUR sYAHADAH

NUR SYAHADAH

[i]Tika terbuka hari cahaya yang cerah
menerangi hatimu mulus terbias di wajah
kau sambut dengan redha hadirnya hidayah
nekad pendirian terungkai kalimah
Nur syahadah menyinar kalbu
Murni seharum namamu
Hadir dalam pelukan kalbumu itu
Nur syahadah telah tertulis
pada waktu dan jua takdir
di antara seribu
kau yang terpilih....[/i]
................................................................................

Nur Syahadah bersujud di ribaan sejadah dengan penuh kesyukuran.... Pintu hidayah panggilan Islam, telah berjaya mengetuk pintu hatinya, dan kini, hatinya menjadi sangat tenang.... Air matanya mengalir,, mengenangkan bagaimana hatinya terpanggil kepada agama Islam...

Semua itu, adalah atas dorongan seorang teman yang kerap membantunya mencari sebuah jawapan,, dan, kerana.... kerana perdebatannya dengan seorang teman di universiti yang bernama Muhammad Huzaifie...

...................................................................................
Universiti Islam Antarabangsa, Gombak
Kuliah Comparative Religion

......................................................................




'' Semua agama mengajar kita tentang kebenaran, semua agama mengajar kita tentang kebaikan. Maka itulah persamaan yang ketara di antara agama-agama yang diiktiraf di dunia. Seperti ajaran Buddhism, menekankan aspek etika dan mempunyai penekanan disiplin tersendiri. Begitu juga dengan Taoisme, ia menekankan aspek spiritual. Agama-agama samawi seperti agama Islam, Kristian dan yahudi, turut mengajar manusia agar berakhlak mulia. Namun, jika manusia yang terpesong dari landasan, maka akan bercelarulah minda, dan fikirannya akan kacau bilau, dan mudah melakukan sesuatu yang dilarang. ', terang Muhammad Huzaifie dalam satu kuliah, selaku pembentang pada hari itu.

''Ops, wait, Muhammad Huzaifie.. I want to ask you one question, that I still confuse. Awak katakan, semua agama mengajar kita akan kebaikan, jika benarlah, apa yang membezakan satu agama dengan agama yang lain? And, I think, that I still blur and confuse to what you present just now.. Huzaifie, saya minta maaf jika saya katakan, saya tidak setuju dengan pendapat awak.. Dunia pada masa kini, masih bercelaru dari sudut minda dan aspek spiritual. That you think, all religion give us the truth? Sila jelaskan, sekali lagi, Huzaifie,' tanya Effy Anne dengan muka yang merah padam...

'' Yes, betul apa yang awak cakap. Sebenarnya, saya masih belum jelaskan lagi, mengenai aspek perbezaannya. Dari segi konsep, dan matlamat, semua agama adalah berdasarkan naluri manusia yang ingin mencari kebenaran. Secara logiknya, manusia dilahirkan dengan fitrah di mana ingin mengenali pencipta kejadian alam dan manusia itu sendiri. Maka, kerana itulah, berkurun abad yang lampau, manusia turut mempercayai konsep animisme, kerana mereka menganggap 'animisme' ini adalah kuasa agung, sebagai 'tuhan' mereka. Dan, perbezaan antara agama-agama yang ingin saya nyatakan ialah......', kata Muhammad Huzaifie yang ingin menjelaskan dengan lebih lanjut namun dicelah oleh Effy Anne...

''Muhammad Huzaifie, konsep animisme bukanlah suatu jawapan yang saya tanyakan sebentar tadi. Saya kira awak tidak menjawab soalan saya. ,' potong Effy Anne..


----------------------------------------------
aKAN DISAMBUNG...
(sengaja buat macam nie,)sorry....

karya:sendiri
sebarang copy paste ke dalam halaman lain TIDAK DIBENARKAN- kecuali menyatakan sumber.....
dan perlu mendapat keizinan...

No comments:

“Cintailah apa yang kamu cintai sekadarnya saja, boleh jadi apa yang kamu cintai itu menjadi sesuatu yang paling kamu benci pada suatu hari nanti. Bencilah Sesuatu yang yang kamu benci sekadarnya saja, boleh jadi ia akan menjadi sesuatu yang paling kamu sukai pada suatu hari nanti.” (HR. Tirmidzi)

Popular Posts