syukran sahabat-sahabat ku

piano

http://www.youtube.com/watch?v=lcatfqF5_Xs

Tuesday, September 6, 2011

Saya tahu,saya tak cantik

SAYA TAHU SAYA TAK CANTIK
Saya tahu saya tidak cantik.. Tapi, walaupun saya tidak cantik, saya tetap ada kelebihan..
Kerana saya tidak cantik, saya tidak jadi mangsa gangguan lelaki-lelaki yang rosak akhlaknya.
Kerana saya tidak cantik, saya dapat pelihara diri saya daripada pandangan bernafsu lelaki yang tidak menjaga pandangannya.
Kerana saya tidak cantik, saya selamat daripada menjadi senjata iblis mencairkan iman lelaki.
Kerana saya tidak cantik, saya tidak mendapat fitnah dan cemburu daripada wanita-wanita lain.
Kerana saya tidak cantik, saya tidak mengharapkan pujian daripada mana-mana lelaki dan wanita.
Dan kerana saya tidak cantik, akhirnya saya menemui insan yang ikhlas mencintai saya seadanya.
Kerana saya tahu.. Saya tidak cantik pada pandangan manusia.. Maka saya akan berusaha agar kelihatan cantik pada ALLAH.. Kerana bukan kecantikan dunia yang saya kejar... Tapi KECANTIKAN di akhirat kelak..

ANGGUN DI MATA ALLAH : SEBUAH KECANTIKAN SEJATI

Kecantikan terdiri dari 2 jenis; kecantikan lahir dan kecantikan batin.
Kecantikan batin (inner beauty) adalah kecantikan yang dicari kerana essensinya, seperti kecantikan ilmu, akal fikiran, dan kesucian diri. Kecantikan batin inilah yang merupakan titik pandang Allah pada diri hamba-hamba-Nya.
Sebagaimana yang disebutkan dalam sebuah hadis:

"Sesungguhnya Allah tidak melihat pada rupa dan postur tubuh kalian. Akan tetapi, Allah melihat pada hati kalian." (HR. Muslim).
Sebenarnya kita semua adalah makhluk ciptaan-Nya yang paling sempurna dan cantik di muka bumi ini. Allah telah menentukan sesuatu sifat dalam diri kita adalah yang terbaik. Hanya mata kita sahaja yang diselaputi dengan nafsu yang tidak dapat melihat kebaikan yang ada pada sesuatu kejadian.
Mengapa sukar bagi kita untuk redha kepada kejadian Allah? Bukankah periuk orang lain sentiasa putih daripada apa yang kita ada? Kita sentiasa melihat apa yang ada pada orang lain itu jauh lebih baik daripada apa yang kita miliki.
Sedangkan nabi Muhammad S.A.W sendiri telah menasihatkan kita agar melihat orang yang kurang bernasib baik. Jangan melihat orang yang lebih bertuah kerana itu akan membuatkan kita tidak bersyukur. Dan itulah masalahnya pada diri kita. Kita sentiasa mengejar yang sempurna dalam kehidupan seharian. Sentiasa mahukan yang lebih bagus daripada orang lain.

~~~Copy dr blog Saujana Hati~~

::Ulasan peribadi...

::~adakalanya saya pun selalu merasakan sy tak cantik, adakala sy rasa org lain lebih bertuah dr saya. Apalah sy ni,kan?tak bersyukur dengan apa yg Allah berikan pada saya?terlalu mengejar KESEMPURNAAN....Lupa kejadiannya sudah SEMPURNA. Mulai dr hari ni, sy tak nak dh fikir tntg org lain, yg sy rasa lebih SEMPURNA dr saya hingga sy rasa sy TAK SEMPURNA...Agak2 saya je ke,ek rasa macam tu?

~~KOrang pernah tak rasa korang sangat teruk jika dibandingkan org lain? TAK?Wah, sy je yg fikir BUKAN-BUKAN,kan?

::::Semuanya bermula dr hati, kalau hati pandang kepada KECANTIKAN HATI, maka, hati itu akan MENYERLAHKAN KECANTIKAN DALAMAN terpancar ke wajah yang sentiasa BERSYUKUR DAN YAKIN dengan suratannya...

~Bila dh yakin, kita akan nampak SEGALANYA INDAH, kita akan merasakan HIDUP INI INDAH, dan semuanya insya Allah, ALLAH MUDAHkan...

Tuhan...., adakalanya diri ini terlalu RENDAH DIRI....,hingga kufur dengan NIKMAT KAU BERI,.

ASTAGHFIRULLAH AL-AZIM.

2 comments:

SAUJANA HATI said...

semua bermula dari hati..bila hati kita sentiasa bersyukur..pasti kita menjadi seorang rasa tenang..tiada beza di dunia ini..kecuali amal kebaikan ibadah kita seharian yang perlu di sempurnakn untuk bekalan di akhirat sana.. :)

Myself said...

benar,Nurul Ain....~ thanks sudi komen,, sory ek, copy ayt dr blog Nurul Ain...~ boleh akak tau, Ain ni umur berapa thn,ek?

“Cintailah apa yang kamu cintai sekadarnya saja, boleh jadi apa yang kamu cintai itu menjadi sesuatu yang paling kamu benci pada suatu hari nanti. Bencilah Sesuatu yang yang kamu benci sekadarnya saja, boleh jadi ia akan menjadi sesuatu yang paling kamu sukai pada suatu hari nanti.” (HR. Tirmidzi)

Popular Posts