syukran sahabat-sahabat ku

piano

http://www.youtube.com/watch?v=lcatfqF5_Xs

Thursday, November 3, 2011

kelemahan sistem pendidikan masa kini

hoho.... sistem pendidikan ag...(dah, cikgu, mesti r de cakap sikit2 tntg dunia pendidikan.,betul tak?

tak dinafikan, memang sistem pendidikan-dari sudut murid/pelajar-atau dari pandangan ibu bapa-memang awesome r....pertamanya:::ok ek,dr pandangan ibu bapa....

1: Kanak-kanak sejak pra tadika @tadikadiberi pendidikan sebenar.... siap ada peperiksaan ag... tak perlu ibu bapa risau sangat anak-anak tak pandai A,B,C... tak kenal nombor1,2,3.ag... sangat tak perlu dirisaukan.. anak-anak mereka diberi pendedahan dan yang paling terbaik, anak mereka diasuh oleh gru-guru yang berstatus ijazah.......

2: Bila anak-anak melangkah ke darjah 1, ibu bapa tidak perlu risau sangat jika anak-anak mereka tak dapat sesuaikan diri/... kerana,anak mereka sejak tadika telah dibiasakan dengan pembelajaran alam sekolah yang sebenar... yang berubah cuma silibus darjah 1 lain sikit dr alam tadika atau pra tadika...itu saje... lagipun, cikgu kelas kan ada....heheee....cikgu kelas memang sangat hebat, semua kerja die boleh buat....betul tak,wahai guru-guru kelas sekalian???

3: Bila tamat peperiksaan, ibu apa tak perlu risau jika anak-anak tak serahkan report card atau surat panggilan ke sekolah... ye la,mungkin anak-anak takut nak bagi,kan..... ibu bapa hanya dapatkan semuanya di hujung jari saja. masukkan saja no kad pengenalan anak anda di laman web saps.com, anda akan tau keputusan anak anda....

see? sangat memudahkan ibu bapa... ecece...( bayangkan kalau aku di tempat mereka satu hari nanti, )

tapi di sebaliknya :

1:guru-guru tertekan dengan sistem pendidikan ini.... kelemahan sistem online, yang menyebabkan guru sukar key in markah peperiksaan, di samping kerja2 lain yang bertimbun-timbun kepada guru-guru.....

maka di pihak ibu bapa dan guru-guru, sepatutnya saling bekerjasama, supaya sama-sama dapat ambil manfaat dr sistem pendidikan sekarang,,...

walaupun, saya tak setuju dengan peribahasa guru diianggap sebagai lilin, rasanye sekarang saya dah start setuju....

guru memang lilin.....~~
one day, mgkin ada guru-guru yg akan lari ke tempat lain,jika guru diberi tekanan terlalu banyak.....

Tuesday, November 1, 2011

Monday, October 24, 2011

guru....

waktu saya kecil2 dlu, saya selalu anggap kerja guru ni paling senang kat dunia... masuk kelass,keluar kelas,masuk kelas,keluar kelas...cikgu zaman saya dulu2,mgkin tidak mengalami sgt apa yg guru masa kini alami...ke saya silap?hehee. tak tau la.

bila ditanya pe cita2, saya bagi jawapan yg sama dalam setiap tahun-besar nk jd guru... sebenarnye, i've just not idea nk jd ape.... jawapan yg senang,itulah dia.... walaupun, saya pernah memiliki cita2 lain...~~saintis,peguam, doktor, ahli astronomi....but,i know,saya memag tk de bakat tuk jd saintis n ahli astronomi.... i'm not intelligent in maths, science, history, walaupun smpai sekarang saya sangat suka sains n sejarah...

cikgu saya pernah masuk kelas, tulis soalan2 latihan di papan hitam, n sementara tggu student siapkan, cikgu tu sempat leh tdur... yg pelik, takde sebarang kejar mengejar, n ada incident-sewaktu-guru-itu tidur...

see? its all about trust; ckgu zaman dlu mempercayai bahawa muridnya takkan buat begitu selagi ckgu tu ada dalam kels.

~ala tu sekolah rendah punye cerita~~ sekolah menengah?

::::thas it... mestila sekolah menengah ada nakalnye sikit,betul tak? tapi, all teachers in my school,is very friendly.... saya selalu anggap cikgu2 macam abang2 n kakak2 jer....sebab kebanyakannye memang muda pun...hehee. ada lah 2/3 org yg betul2 garang....tapi,kebanyakannya sangat friendly.

dalam kelas siap leh cerita2 ag, boleh main teka-teki ag.... boleh buat pertandingan debat ag.....boleh buat pertandingan pantun ag...~~serius, ckgu jamilah is very good to motivate students coming=to school...

ckgu lelaki, macam2 perangai, ada yg pemalu(smpai asyik pndg papan hitam jer)hoho, tp di sebalik pemalunye dgn perempuan, he is very supportive....ada juga yg sangat garang( lalu tepi tgkap jer,kami2 semua kecut perut....ada juga yg sangat friendly, cara mengajar macam ajar adik beradik jer.... ad yg mengajar macam endah-tak-endah, tapi, sebenarnye ye begitu berkesan.... ingat ag pada ustazZaki, yang mengajar kami di SIS subjek usuluddin...... n of course ada yg guna cara tradisional juga, tapi kami saling aman- kami hormati guru-guru, then guru-guru, supportive to kami.... sama2 give n take....

bukan takde yg bua kes, kat sekolah, mestilah ada..... macam2 kes la, ada yg sanggup g toilet smpai 1 jam semata-mata nk lari dr subjek tu sebab tk siap kerja sekolah......hoho....(aku tak,ek)aku baik....heheee/...

tapi, situasi sangat berbeza dengan alam persekolahan zaman sekarang.... takde ag give n take, sebaliknye give,and give jer..... ckgu2 diberikan kerja yg terlalu banyak, then ckgu juga wajib memastikan pelajarnya cemerlang-dengan-apa cara sekalipun.....

sistem pendidikan zaman kini memberikan gejala stress di kalangan guru-guru. Tiada ag budaya hormati guru di kalangan pelajar, sebaliknya guru pula yang wajib hormat kepada pelajarnye.....

kewajipan guru untuk memanjakan murid, dalam sistem pendidikan memberikan impak negatif pula di kalangan pelajar..... gara-gara itu, pelajar semakin angkuh, sombong dan pandang rendah pada guru yg mengajar mereka.....kecemerlangan pelajar tidak lagi menjadikan dan mencetuskan kegembiraan, bhakn mengundang kesan-kesan lain seperti mengambil jalan-jalan yg salah, dan mereka yg cemerlang, bukan lagi berterima kasih pada guru yg mengajar, sebaliknya merasakan mereka sememangnye genius dan dilahirkan pintar....

:::::gara-gara memanjakan murid, walaupun mereka mampu untuk berjaya dalam pelajaran diceburi, namun mereka gagal untuk membuat keputusan yang baik dalam hidup mereka....mereka akhirnya memilih jalan yang sesat-lagi-menyesatkan walaupun berjaya ke universiti.....

bila jadi seperti itu, masih lagi org akan menyalahkan guru...konon guru yg tak pandai mengajar.......

namun kerjaya guru memang mulia... merekalah menjadi lilin, tetap senyum dan berdoa agar pelajar bukan saja cemerlang di dunia malah hingga akhirat....

itulah yg dikatakan guru......

Sunday, October 16, 2011

alahai,iluvislam

satu ketika dlu,saya begitu sayang dengan laman itu. ~saya tahu, saya tidak kenal mereka semua.,dan mereka juga tidak kenal pun siapa saya sebenarnya. Ia suatu pertemuan yang aneh. Tapi begitu indah,. Tautan hati-hati kami,bagaikan berukhwah kerana Allah. Menegur kerana Allah,saling menasihati, saling berkongsi2 ilmu,.

~~Sukar diterangkan mengapa aku begitu sayangkan laman web itu, bahkan sayangku melebihi dari facebook, friendster, dan seumpamanya. Dalam diam, saya sangat terharu melihat satu persatu kelebihan mereka. Betapa canggih sekali, dan betapa kreatifnya umat Islam. Siapa bilang umat Islam tidak berilmu??? :nah, buktinya, iluvislam.....

::::saya selalu bertukar-tukar nickname, . jadi mgkin, kewujudan sy tidak begitu terasa,. rasanya dh 4 kali tukar nickname., sesaje, suka-suka...heheee. tapi, org yg peka memang boleh "detect".

::::kini, semua sudah terkubur begitu sahaja. hilang segala ukhwah kami, satu persatu pergi menghilangkan diri, Ada yang masih mampu dkesan, dan ada yg tidak dpt dikesan langsung.......

dear beberapa org, yg mengajak sy ke safmuslim, maafkan sy kerana sy tidak boleh lg menjadi seperti dulu...

bagaimana,tetiba sy dh start syg, tetiba safmuslim pula akan terlerai begitu sahaja?
bagi saya, iluvislam di hatiku....~~<3.

bukan safmuslim.

::::apapun, saya masih syg dgn forum iluvislam.

tapi,sy akhirnya mengaku, berapa lama kita hendak hidup dalam bayangan sendiri???
yang sudah, biarkan berlalu...

keep it up, iluvislam.

sekurg2nya, semoga makin dikenali, walaupun, kami dh makin tak kenal lagi....

Tuesday, September 6, 2011

Saya tahu,saya tak cantik

SAYA TAHU SAYA TAK CANTIK
Saya tahu saya tidak cantik.. Tapi, walaupun saya tidak cantik, saya tetap ada kelebihan..
Kerana saya tidak cantik, saya tidak jadi mangsa gangguan lelaki-lelaki yang rosak akhlaknya.
Kerana saya tidak cantik, saya dapat pelihara diri saya daripada pandangan bernafsu lelaki yang tidak menjaga pandangannya.
Kerana saya tidak cantik, saya selamat daripada menjadi senjata iblis mencairkan iman lelaki.
Kerana saya tidak cantik, saya tidak mendapat fitnah dan cemburu daripada wanita-wanita lain.
Kerana saya tidak cantik, saya tidak mengharapkan pujian daripada mana-mana lelaki dan wanita.
Dan kerana saya tidak cantik, akhirnya saya menemui insan yang ikhlas mencintai saya seadanya.
Kerana saya tahu.. Saya tidak cantik pada pandangan manusia.. Maka saya akan berusaha agar kelihatan cantik pada ALLAH.. Kerana bukan kecantikan dunia yang saya kejar... Tapi KECANTIKAN di akhirat kelak..

ANGGUN DI MATA ALLAH : SEBUAH KECANTIKAN SEJATI

Kecantikan terdiri dari 2 jenis; kecantikan lahir dan kecantikan batin.
Kecantikan batin (inner beauty) adalah kecantikan yang dicari kerana essensinya, seperti kecantikan ilmu, akal fikiran, dan kesucian diri. Kecantikan batin inilah yang merupakan titik pandang Allah pada diri hamba-hamba-Nya.
Sebagaimana yang disebutkan dalam sebuah hadis:

"Sesungguhnya Allah tidak melihat pada rupa dan postur tubuh kalian. Akan tetapi, Allah melihat pada hati kalian." (HR. Muslim).
Sebenarnya kita semua adalah makhluk ciptaan-Nya yang paling sempurna dan cantik di muka bumi ini. Allah telah menentukan sesuatu sifat dalam diri kita adalah yang terbaik. Hanya mata kita sahaja yang diselaputi dengan nafsu yang tidak dapat melihat kebaikan yang ada pada sesuatu kejadian.
Mengapa sukar bagi kita untuk redha kepada kejadian Allah? Bukankah periuk orang lain sentiasa putih daripada apa yang kita ada? Kita sentiasa melihat apa yang ada pada orang lain itu jauh lebih baik daripada apa yang kita miliki.
Sedangkan nabi Muhammad S.A.W sendiri telah menasihatkan kita agar melihat orang yang kurang bernasib baik. Jangan melihat orang yang lebih bertuah kerana itu akan membuatkan kita tidak bersyukur. Dan itulah masalahnya pada diri kita. Kita sentiasa mengejar yang sempurna dalam kehidupan seharian. Sentiasa mahukan yang lebih bagus daripada orang lain.

~~~Copy dr blog Saujana Hati~~

::Ulasan peribadi...

::~adakalanya saya pun selalu merasakan sy tak cantik, adakala sy rasa org lain lebih bertuah dr saya. Apalah sy ni,kan?tak bersyukur dengan apa yg Allah berikan pada saya?terlalu mengejar KESEMPURNAAN....Lupa kejadiannya sudah SEMPURNA. Mulai dr hari ni, sy tak nak dh fikir tntg org lain, yg sy rasa lebih SEMPURNA dr saya hingga sy rasa sy TAK SEMPURNA...Agak2 saya je ke,ek rasa macam tu?

~~KOrang pernah tak rasa korang sangat teruk jika dibandingkan org lain? TAK?Wah, sy je yg fikir BUKAN-BUKAN,kan?

::::Semuanya bermula dr hati, kalau hati pandang kepada KECANTIKAN HATI, maka, hati itu akan MENYERLAHKAN KECANTIKAN DALAMAN terpancar ke wajah yang sentiasa BERSYUKUR DAN YAKIN dengan suratannya...

~Bila dh yakin, kita akan nampak SEGALANYA INDAH, kita akan merasakan HIDUP INI INDAH, dan semuanya insya Allah, ALLAH MUDAHkan...

Tuhan...., adakalanya diri ini terlalu RENDAH DIRI....,hingga kufur dengan NIKMAT KAU BERI,.

ASTAGHFIRULLAH AL-AZIM.

Sunday, June 19, 2011

“Cintailah apa yang kamu cintai sekadarnya saja, boleh jadi apa yang kamu cintai itu menjadi sesuatu yang paling kamu benci pada suatu hari nanti. Bencilah Sesuatu yang yang kamu benci sekadarnya saja, boleh jadi ia akan menjadi sesuatu yang paling kamu sukai pada suatu hari nanti.” (HR. Tirmidzi)

Popular Posts