syukran sahabat-sahabat ku

“Cintailah apa yang kamu cintai sekadarnya saja, boleh jadi apa yang kamu cintai itu menjadi sesuatu yang paling kamu benci pada suatu hari nanti. Bencilah Sesuatu yang yang kamu benci sekadarnya saja, boleh jadi ia akan menjadi sesuatu yang paling kamu sukai pada suatu hari nanti.” (HR. Tirmidzi)

Blog Archive

Saya

Saya Hanya Insan Yang Mahu Menjadi Lebih Baik.....~~Bukan Sahaja Di Dunia Tetapi Hingga Di Akhirat Nanti.....Saya Ingin Menjadi Salah Satu Kuntuman Mawar Di Syurga.

c

Saturday, July 9, 2011

jagalah bahasamu.

RASULULLAH SAW bersabda : "Orang mukmin sejati itu bukan pencela, bukan pengutuk, bukan jahat dan bukan pula cabul (suka berkata yang tidak sopan) "

(HR.Muslim)

Kata-kata itu menentukan siapa diri kita.... Terlajar perahu boleh diundur,tapi,tersilap kata, buruk padahnya,,,. Namun, dewasa ini,aku kerap menyaksikan seolah-olah agenda tertentu membenarkan sebarang bentuk dustaan,tohmahan, cacian, penghinaan dilemparkan sesama kita ummat Islam.



Aku tidak mahu menceritakan tentang apa yg kita bleh nampak, fikir-fikirkan sendiri, saudara saudariku.... Sejauh yang kita boleh saksikancaci,impaknya lebih besar daripada itu. Aku melihat, dalam ideologi misalnya, saling kata-mengata., caci-mencaci..., tidak mahu menerima org berbeza pandangan dengan kita.... apa yang menjadi permasalahannya, masalah ini kini begitu teruk dapat dilihat... Menular hingga ke akar umbi... Melahirkan perasaan benci-membenci.....



~~~Inikah yang kita akan menjadi contoh kepada pelbagai waris demi waris? Generasi demi generasi?



Sedar tidak sedar, kanak-kanak akan meniru apa yang dilihat, jadi jagalah kata-katamu,wahai saudara-saudari....,jangan sewenang2nya kamu membenci seseorang, hilang sudah keindahan bicara,ketinggian budi yang diwarisi zaman berzaman...... Apa yang dapat diagungkan lagi untuk mendidik generasi? Jika kita sendiri berbahasa agak kesat lagi saling caci-mencaci?



~~~kelak,jika itu lah yang diplagiat kanak-kanak,tidak hairanlah, mengapa mereka yang bakal menjadi pusaka warisan bangsa, akhirnya tidak tentu arah matlamat, hilang jati diri, dan apalagi, bahasa turut kesat juga.......



Apa yang boleh diharap pada idola mereka untuk membentuk psikologi mereka?sedangkan kebanyakan idola mereka adalah artis........



~~~~~~~~Industri perfileman sudahlah menayangkan aksi-aksi yang semakin luntur nilai budi....~~~~~~ dan mereka disogokkan cerita demi cerita beginilah setiap hari.....



berapa ramaikah kanak-kanak yang menjadikan Nabi Muhammad sebagai idola mereka? khalifah Islam sebagai sumber inspirasi?



~~~~~NAMUN SIAPA JUGA IDOLA MEREKA, MEREKA TETAP MEMERHATIKAN APA YANG MEREKA BOLEH LIHAT.. KANAK-KANAK ADALAH PENIRU...



maka, janganlah berbicara seolah tiada budi bahasa......~~aku melihat sungguh bahaya pengaruh negatif ini kepada mereka..........

0 comments: