syukran sahabat-sahabat ku

piano

http://www.youtube.com/watch?v=lcatfqF5_Xs

Monday, September 20, 2010

~buatmu sahabat~

Sahabat, jika aku terleka dalam menempuh arus kehidupan, sedarkanlah aku,.Kerana,sesungguhnyaaku hanya hamba yang biasa.. tentu ada terkhilaf,tersilap langkah...

Sahabat, dunia ini indahn di pandangan... sedangkan, di sebalik keindahan itu, banyak pula kepahitannya... Sahabat, yang indah itu,selalunya adalah racun, sedangkan yang pahit itu sering menjadi penawar...

Sahabat, dalam menyusuri langkah-langkah perjalanan hidup, ketabahan hati menjadi teraju utama dalam merealisasikannya.. Dibentengi dengan rasa iman... Sahabat, titisan demi titisan air mata kerana dunia, apalah harganya jika dibandingkan air mata itu kerana cahaya keinsafan....

Sahabat, zaman sekarang mencari sahabat sukar sekali.. Ramai yang lebih mudah menjadi teman ketawa,dan akan sepilah hatimu di kala kepedihan hati bertandang.. untuk itu,hargailah persahabatan
“Cintailah apa yang kamu cintai sekadarnya saja, boleh jadi apa yang kamu cintai itu menjadi sesuatu yang paling kamu benci pada suatu hari nanti. Bencilah Sesuatu yang yang kamu benci sekadarnya saja, boleh jadi ia akan menjadi sesuatu yang paling kamu sukai pada suatu hari nanti.” (HR. Tirmidzi)

Popular Posts